Wednesday, 16 October 2013

Penutupan SUMUR 2013 SMKATB (SMKA Tok Bachok)




Bismillahirrohmannirrohim ,
Pada 14 Oktober 2013 yang lalu , sebuah program yang dianjurkan oleh pihak BADAR SMKATB di bawah pimpinan Ustazah Khatijah dan Ustazah Zurainah dan dibantu oleh para Naqib dan Naqibah Tingkatan 4 yang diketuai oleh Mohd Husni Zaim dan Nur Aqilah Shahirah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Program tersebut ialah program PENUTUPAN SUMUR(SAHSIAH UNGGUL MURID) yang telah dilancarkan sejak dari awal tahun lagi . Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi dan jati diri dalam kalangan para pelajar . Menyemai akhlak terpuji dalam diri lantas membangkitkan lagi semangat suka menuntut ilmu.

Dalam Majlis penutupan ini, pelbagai persembahan telah dipersembahkan untuk memeriahkan lagi majlis.Antaranya ialah alunan bacaan Al-Quran oleh Qari SMKATB iaitu Noriznan Izzairi yang terkenal dengan kemerduannya mengalunkan kalimah-kalimah suci Al-Quran , Forum yang membincangkan hal-ehwal remaja yang dikendalikan oleh 4 orang pelajar dari kalangan Badar iaitu Ummu zarifah selaku Saudari Moderator , Rabiatul Athirah selaku Panel Pertama , Nur Aqilah shahirah sebagai Panel Kedua dan Mohd Nazmi Ramli sebagai Panel ketiga.

Selain daripada itu , Persembahan Nasyid yang dipersembahkan oleh kumpulan nasyid sekolah iaitu Destinasi. Majlis dimuali dengan ucapan ayahanda pengetua SMKA Tok Bachok dan diakhiri dengan Penyampaian hadiah dan sijil serta Tokoh-Tokoh Sumur bagi tahun 2013.