Wednesday, 16 October 2013
Penutupan SUMUR 2013 SMKATB (SMKA Tok Bachok)
Bismillahirrohmannirrohim ,
Pada 14 Oktober 2013 yang lalu , sebuah program yang dianjurkan oleh pihak BADAR SMKATB di bawah pimpinan Ustazah Khatijah dan Ustazah Zurainah dan dibantu oleh para Naqib dan Naqibah Tingkatan 4 yang diketuai oleh Mohd Husni Zaim dan Nur Aqilah Shahirah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Program tersebut ialah program PENUTUPAN SUMUR(SAHSIAH UNGGUL MURID) yang telah dilancarkan sejak dari awal tahun lagi . Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi dan jati diri dalam kalangan para pelajar . Menyemai akhlak terpuji dalam diri lantas membangkitkan lagi semangat suka menuntut ilmu.
Dalam Majlis penutupan ini, pelbagai persembahan telah dipersembahkan untuk memeriahkan lagi majlis.Antaranya ialah alunan bacaan Al-Quran oleh Qari SMKATB iaitu Noriznan Izzairi yang terkenal dengan kemerduannya mengalunkan kalimah-kalimah suci Al-Quran , Forum yang membincangkan hal-ehwal remaja yang dikendalikan oleh 4 orang pelajar dari kalangan Badar iaitu Ummu zarifah selaku Saudari Moderator , Rabiatul Athirah selaku Panel Pertama , Nur Aqilah shahirah sebagai Panel Kedua dan Mohd Nazmi Ramli sebagai Panel ketiga.
Selain daripada itu , Persembahan Nasyid yang dipersembahkan oleh kumpulan nasyid sekolah iaitu Destinasi. Majlis dimuali dengan ucapan ayahanda pengetua SMKA Tok Bachok dan diakhiri dengan Penyampaian hadiah dan sijil serta Tokoh-Tokoh Sumur bagi tahun 2013.
Friday, 13 September 2013
Jati Diri Remaja

“Keremajaan kamu pasti akan
meninggalkan kamu. Sekiranya kamu tidak dapat mengekalkan diri kamu di
dalam lingkaran yang syara’ keremajaan kamu itu akan hilang dan keseronokan
yang memenuhi keremajaan tersebut akan membawa kebinasaan dan penderitaan di
dunia ini, di dalam kubur dan di Hari Akhirat. Sekiranya, melalui
tarbiyyah Islamiyyah, kamu dapat membelanjakan keremajaan kamu di dalam
ketaatan, dalam kebaikan dan terhormat, keremajaan itu seolah-olah kekal
selama-lamanya”
Beliau menyambung
lagi:
“Bagi kehidupan yang
dilalui tanpa iman, ataupun akibat pendurhakaan terhadap Allah menyebabkan iman
tidak berfungsi, kehidupan akan membawa penderitaan dan kebinasaan yang lebih
parah dari kenikmatan dan keseronokan sementara dan lahiriyah yang dibawanya.
Ini adalah disebabkan manusia, yang sangat berbeza dari haiwan, memiliki
aqal fikiran. Melalui fikirannya manusia terikat dengan masa, iaitu masa
lampau, masa kini dan masa depannya. Manusia boleh memperolehi kenikmatan
dan kesengsaraan dari perbelanjaan masanya. Manusia tidak dapat
mengelakkan dirinya dari penyesalan akibat perbuatan di masa lampau dan rasa
cemas terhadap hari esok yang tidak diketahui baik buruknya. Sedangkan
golongan haiwan pula tidak dibekalkan aqal untuk berfikir yang menyebabkan
haiwan tidak dapat mengenangi dan mengimbas semula penderitaan masa lampau,
atau rasa cemas ketidaktentuan hidup masa akan datang, yang akan menghilangkan
kenikmatan masa kini”.
Kehidupan beriman akan
menyuluh dan menerangi kehidupan dan mententeramkan jiwa kerana iman akan
memandu pemiliknya untuk melalui kehidupan yang jelas dan mendorong kepada
kebahagian yang sebenar dan membentenginya dari kedurhakaan yang membinasakan.
Walaupun akibat kelemahan diri (kelemahan iman) kadang kala manusia
muslim juga terkeluar dari lingkungan syara’ dan berlaku keterlanjuran, tetapi
iman akan menyuluh jalan pulang kepada keampunan Allah SWT dan menghilangkan
keputusasaan.
HAKIKAT KEHIDUPAN KITA
Kehidupan kita ini
adalah satu perjalanan yang panjang menuju Allah SWT. Perjalanan ini yang
bermula dengan titik keinsafan bahawa kita telah menerima hidayah daripada
Allah dan telah memilih untuk hidup sebagai muslim dan mukmin dan berakhir di
mana kita akan memperolehi keredhaan Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga
atau sebaliknya mendapat kemurkaan Allah dan akan dicampakkan ke dalam neraka.
Mereka yang menyedari dan menginsafi hakikat perjalanan ini sudah pasti
berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi bekalan yang berupa pahala Allah
dan sentiasa memeriksa perjalanan dirinya sama ada dia berada di dalam keadaan
yang benar menetapi kehendak Allah atau dia telah menjadi lemah dalam melakukan
tugasan yang telah Allah tetapkan atas dirinya atau telah menyimpang jauh dari
petunjuk Allah. Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa melakukan
soal siasat ke atas dirinya.
PERLU MUHASABAH DIRI DALAM MENJALANI KEHIDUPAN
Kita sangat perlu
melakukan 'muhasabah' ke atas diri dalam segala aspek hidup kita.
Ini adalah untuk memastikan bahawa kita berada di atas jalan kehidupan yang
betul.
Di dalam al Qur'an
Allah telah berfirman di dalam Surah al Hasyr, ayat 18:
"Hai orang-orang
yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan
apa yang telah diperbuatnya untuk Hari Esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
“Maka apakah kamu
mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja),
Maka, Maka Tinggi Allah, Raja Yang sebeanrnya; tidak ada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) Arsy yang mulia” (Surah al
mu’minun:115-116)
BEBERAPA STESEN MUHASABAH
Oleh kerana kehidupan
ini ibarat satu perjalanan, iaitu perjalanan menuju Allah SWT, maka kita perlu
berhenti sekejap di sepanjang perjalanan, atau di stesen-stesen tertentu untuk
meninjau dan menilai semula perjalanan yang dilalui. Beberapa stesen
muhasabah yang utama dalam kehidupan kita ialah:
1. MUHASABAH DALAM BERIMAN
Keimananlah bekalan
yang paling penting yang akan dibawa balik kepada Allah SWT. Iman ini
menurut kata Said Nursi umpama pasport yang mesti dijaga di sepanjang
perjalanan kita menuju Allah SWT. Sebagaimana juga pasport perjalanan
kita, iman ini mestilah dijaga dengan baik. Oleh itu iman kita mesti:
BETUL dan SAH; iaitu:
• TIDAK ROSAK
atau TIDAK CACAT
• TIDAK
TERBATAL
Untuk itu remaja
sekalian perlu: :
• Faham
pengertian dua kalimah syahadah yang kita lafazkan;
• Faham makna
Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah
• Yakin bahawa
al Qur‘an adalah Petunjuk lengkap dan sempurna untuk mencapai kebahagian
hidup dunia dan akhirat
• Yakin bahawa
hanya dengan mengikuti jalan hidup Rasulullah SAW sahaja kita akan
mendapat keredhaan Allah SWT
Oleh itu anak-anak
remaja perlu bermuhasabah, atau memeriksa diri atau bertanya-tanya kepada diri
kita adakah kita benar-benar faham mengenai iman, rukun-rukunnya dan
tuntutan-tuntutannya. Kita juga mesti memahami perkara-perkara yang
merosakkan dan membatalkan iman kita. Stesen muhasabah iman ini adalah
stesten yang pertama dan yang paling penting dan persinggahan di stesen ini
perlu diteliti dengan bersungguh-sungguh.
2. MUHASABAH DALAM KETAATAN
BERIBADAH & MENINGGALKAN MAKSIAT
Iman adalah keyakinan yang tertanam di dalam
hati dan dibuktikan dengan amal soleh dan membuahkan akhlak terpuji. Hati
manusia ini diibaratkan oleh para ulama sebagai bekas air, misalnya : mangkuk
dan gelas tempat diisikan air. Apabila air telah memenuhi bekas ini maka
ianya pasti akan melimpah keluar. Begitu juga dengan iman, apabila iman
mengisi hati kita, terutama sekali bila hati itu telahpun dibersihkan dari
kotoran-kotoran jahiliyyah (atau memang tersedia bersih umpama hati kanak-kanak
yang baru lahir) maka pasti akan mendesak tuan pemilik hati untuk melakukan
untuk melakukan ketaatan. Ketaatan ini adalah dalam bentuk melakukan
IBADAH yang DIPERINTAH atau MENINGGALKAN MAKSIAT YANG DILARANG. Kalau
kita tidak melakukan ibadah atau kita sentiasa melakukan maksiat ini
menunjukkan hati kita sedang berpenyakit kerana iman kita kurang berfungsi atau
tidak berfungsi lagi. Untuk kita melakukan ketaatan dalam ibadah atau
dalam meninggalkan maksiat maka kita mempunyai ilmu mengenai perkara-perkara
yang diperintah oleh Allah SWT dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah
SWT. Kalau kita tidak mempunyai ilmu maka mungkin kita akan meninggalkan
yang diperintahkan dan melakukan apa yang dilarang. Akibatnya mungkin
kita akan dimurkai Allah dan diazab oleh-Nya.
Setelah kita meneliti
diri kita di stesen muhasabah iman, kita perlu singgah di stesen muhasabah
ketaatan kita. Kita perlu memeriksa sama ada kita sentiasa menunaikan
ibadah kita yang difardhukan ke atas diri kita dan melakukan pula dengan
mengharapkan hanya keredhaan Allah SWT semata-mata. Kita perlu juga memeriksa
diri kita di stesen muhasabah ini mengenai larangan-larangan Allah SWT yang
mungkin kita telah terlajak melakukannya. Sekiranya telah berlaku
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT maka kita perlu melakukan taubat ,
sama ada beristighfar (bagi dosa-dosa kecil) dan benar-benar bertaubat bagi
dosa-dosa yang besar. Tetapi, anak-anak ingatlah kata-kata hikmah seorang
alim ini:
“Manakah ada lagi dosa
kecil sekiranya ianya dilakukan secara berterusan”
3. MUHASABAH DALAM BERBAKTI KEPADA ISLAM DAN
UMMAT ISLAM
Muslim yang taat dan
ikhlas dalam beriman dan beribadah kepada Allah SWT akan sentiasa berusaha
untuk mencari kepakaran dan kemahiran yang akan disumbangkan untuk berbakti
kepada Islam dan membantu ummat Islam. Muslim yang faham tanggungjawabnya
kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada Islam akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Islam supaya Islam berada di kedudukan
yang paling tinggi, lebih tinggi dari agama-agama lain dan sistem-sistem rekaan
manusia yang lain.
Ini adalah stesen
persinggahan muhasabah yang akhir untuk kita meneliti diri kita.
Sekiranya masih belajar, kita perlu meneliti diri kita adakah kita sedang
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kelulusan akademik yang tertinggi
dengan keputusan yang paling cemerlang ataupun kita sedang mempelajari satu
bidang kemahiran dan kepakaran yang boleh menguatkan perjuangan Islam dan
membantu ummat Islam. Di stesen inilah kita menilai iltizam atau komitmen
kita terhadap perjuangan Islam. Mereka yang mengaku diri mereka muslim
tetapi tidak mahu memperjuangkan Islam maka mereka tidak termasuk kumpulan
muslim yang benar-benar mengikuti Rasulullah SAW, sebagaimana yang difirmankan
oleh Allah SWT di dalam Surah Yusuf, ayat 108:
“katakanlah, inilah
jalan (agama) Ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada
Allah dengan hujjah yang nyata”
Thursday, 1 August 2013
Marhaban Ya Ramadhan
Bismillahirrohmannirrohim,
Alhamdulillah , sebulan ramadhan telah kita lalui dan kini kita berada di fasa terakhir di bulan yang mulia ini yang dimana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, yang sudah semestinya kita ketahui iaitu malam Lailatulqadar . Sudah hampir ke penghujung saat untuk kita merebut segala kebaikkahn yang diganjarkan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Oleh kerana itu , Badan Agama Dakwah dan Rohani (BADAR) SMKA Tok Bachok juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang dipanggil IHYA' RAMADHAN.
Antara program-program yang dijalankan bersempena Ramadhan.
1) Tazkirah dari para Naqib
2)Tazkirah dari para guru ( Ahad )
3)Tadarus Al-Quran
4)Bacaan Hadis
5)Tazkirah dalam Kumpulan SUMUR ( Rabu )
6)Bacaan Al-Quran
7)Solat Sunat Tarawih secara berjemaah
8)Risalah Ramadan
9)Pertandingan Dorm Aktif dan Dorm Tidak Aktif
10)Lawatan ke Rumah Orang Miskin
11)Iftar berjemaah
12)Dan sebagainya
Diharapkan dengan program-program yang telah dianjurkan ini dapat menyuntik semangat dalam diri kita untuk terus beribadat dan merebut ganjaran 10 malam terakhir ini yang masih berbaki.
Setakat ini sahaja dari kami
BADAR SMK(A) Tok Bachok
Alhamdulillah , sebulan ramadhan telah kita lalui dan kini kita berada di fasa terakhir di bulan yang mulia ini yang dimana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, yang sudah semestinya kita ketahui iaitu malam Lailatulqadar . Sudah hampir ke penghujung saat untuk kita merebut segala kebaikkahn yang diganjarkan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Oleh kerana itu , Badan Agama Dakwah dan Rohani (BADAR) SMKA Tok Bachok juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang dipanggil IHYA' RAMADHAN.
Antara program-program yang dijalankan bersempena Ramadhan.
1) Tazkirah dari para Naqib
2)Tazkirah dari para guru ( Ahad )
3)Tadarus Al-Quran
4)Bacaan Hadis
5)Tazkirah dalam Kumpulan SUMUR ( Rabu )
6)Bacaan Al-Quran
7)Solat Sunat Tarawih secara berjemaah
8)Risalah Ramadan
9)Pertandingan Dorm Aktif dan Dorm Tidak Aktif
10)Lawatan ke Rumah Orang Miskin
11)Iftar berjemaah
12)Dan sebagainya
Diharapkan dengan program-program yang telah dianjurkan ini dapat menyuntik semangat dalam diri kita untuk terus beribadat dan merebut ganjaran 10 malam terakhir ini yang masih berbaki.
Setakat ini sahaja dari kami
BADAR SMK(A) Tok Bachok
Thursday, 21 March 2013
KEM BESTARI SOLAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Bertemu kembali kita kali ini. Pada 8 Mac 2013 (Jumaat) bersamaan 25 Rabiul Akhir 1434H BADAR SMKA Tok Bachok telah berjaya melaksanakan Program Kem Bestari Solat khusus kepada pelajar tingkatan 1 &2 .Ia merupakan sebuah program dakwah yang dikendalikan oleh para naqib dan naqibah tingkatan empat.Program ini diadakan bagi mempertingkatkan kualiti solat dalam kalangan pelajar sekaligus memperbaiki dan memperelokkan solat mereka.Selain itu,program ini merupakan satu medium untuk para pelajar melatih diri dan memperkukuhkan jati diri sebagai suatu persediaan dalaman dalam menghadapi hujanan ujian daripada Allah SWT.
Di sini ada sedikit gambar yang sempat di tangkap.
naqib berposing ,,
haha.. lawaknye..
check point 4 .. Yes I get it
Yeah .. posing..
Ambil wudu' ..
Keep smile always my sis..
cara ruku' ..
Ucapan Penutup dari Ustazah Khatijah
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN.Semoga usaha
murni AJK BADAR akan diredhai Allah SWT.Amin..
Di situ sahaja dari Badar SMK Agama Tok Bachok ...
Subscribe to:
Comments (Atom)