Wednesday, 16 October 2013

Penutupan SUMUR 2013 SMKATB (SMKA Tok Bachok)




Bismillahirrohmannirrohim ,
Pada 14 Oktober 2013 yang lalu , sebuah program yang dianjurkan oleh pihak BADAR SMKATB di bawah pimpinan Ustazah Khatijah dan Ustazah Zurainah dan dibantu oleh para Naqib dan Naqibah Tingkatan 4 yang diketuai oleh Mohd Husni Zaim dan Nur Aqilah Shahirah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Program tersebut ialah program PENUTUPAN SUMUR(SAHSIAH UNGGUL MURID) yang telah dilancarkan sejak dari awal tahun lagi . Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi dan jati diri dalam kalangan para pelajar . Menyemai akhlak terpuji dalam diri lantas membangkitkan lagi semangat suka menuntut ilmu.

Dalam Majlis penutupan ini, pelbagai persembahan telah dipersembahkan untuk memeriahkan lagi majlis.Antaranya ialah alunan bacaan Al-Quran oleh Qari SMKATB iaitu Noriznan Izzairi yang terkenal dengan kemerduannya mengalunkan kalimah-kalimah suci Al-Quran , Forum yang membincangkan hal-ehwal remaja yang dikendalikan oleh 4 orang pelajar dari kalangan Badar iaitu Ummu zarifah selaku Saudari Moderator , Rabiatul Athirah selaku Panel Pertama , Nur Aqilah shahirah sebagai Panel Kedua dan Mohd Nazmi Ramli sebagai Panel ketiga.

Selain daripada itu , Persembahan Nasyid yang dipersembahkan oleh kumpulan nasyid sekolah iaitu Destinasi. Majlis dimuali dengan ucapan ayahanda pengetua SMKA Tok Bachok dan diakhiri dengan Penyampaian hadiah dan sijil serta Tokoh-Tokoh Sumur bagi tahun 2013.


Friday, 13 September 2013

Hari Terbuka Naim Lilbanat Sempena Pertandingan Kawad Kaki & Catur SBT Peringkat Kebangsaan
(7/9/2013)


 Kedai jualan SMKA Tok Bachok

                                                                    








Jati Diri Remaja




Pada suatu hari, mujahid unggul, Said Nursi telah menasihati beberapa orang remaja yang meminta beliau memberikan beberapa nasihat sebagai pencegah dari mara bahaya kehidupan, keremajaan dan serakah nafsu yang merosakkan.  Said Nursi telah berkata:
Keremajaan kamu pasti akan meninggalkan kamu.  Sekiranya kamu tidak dapat mengekalkan diri kamu di dalam lingkaran yang syara’ keremajaan kamu itu akan hilang dan keseronokan yang memenuhi keremajaan tersebut akan membawa kebinasaan dan penderitaan di dunia ini, di dalam kubur dan di Hari Akhirat.  Sekiranya, melalui tarbiyyah Islamiyyah, kamu dapat membelanjakan keremajaan kamu di dalam ketaatan, dalam kebaikan dan terhormat, keremajaan itu seolah-olah kekal selama-lamanya”


Beliau menyambung lagi:
“Bagi kehidupan yang dilalui tanpa iman, ataupun akibat pendurhakaan terhadap Allah menyebabkan iman tidak berfungsi, kehidupan akan membawa penderitaan dan kebinasaan yang lebih parah dari kenikmatan dan keseronokan sementara dan lahiriyah yang dibawanya.  Ini adalah disebabkan manusia, yang sangat berbeza dari haiwan, memiliki aqal fikiran.  Melalui fikirannya manusia terikat dengan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa depannya.  Manusia boleh memperolehi kenikmatan dan kesengsaraan dari perbelanjaan masanya.  Manusia tidak dapat mengelakkan dirinya dari penyesalan akibat perbuatan di masa lampau dan rasa cemas terhadap hari esok yang tidak diketahui baik buruknya.  Sedangkan golongan haiwan pula tidak dibekalkan aqal untuk berfikir yang menyebabkan haiwan tidak dapat mengenangi dan mengimbas semula penderitaan masa lampau, atau rasa cemas ketidaktentuan hidup masa akan datang, yang akan menghilangkan kenikmatan masa kini”.
Kehidupan beriman akan menyuluh dan menerangi kehidupan dan mententeramkan jiwa kerana iman akan memandu pemiliknya untuk melalui kehidupan yang jelas dan mendorong kepada kebahagian yang sebenar dan membentenginya dari kedurhakaan yang membinasakan.  Walaupun akibat kelemahan diri (kelemahan iman) kadang kala manusia muslim juga terkeluar dari lingkungan syara’ dan berlaku keterlanjuran, tetapi iman akan menyuluh jalan pulang kepada keampunan Allah SWT dan menghilangkan keputusasaan.
HAKIKAT KEHIDUPAN KITA
Kehidupan kita ini adalah satu perjalanan yang panjang menuju Allah SWT.  Perjalanan ini yang bermula dengan titik keinsafan bahawa kita telah menerima hidayah daripada Allah dan telah memilih untuk hidup sebagai muslim dan mukmin dan berakhir di mana kita akan memperolehi keredhaan Allah SWT dan dimasukkan ke dalam syurga atau sebaliknya mendapat kemurkaan Allah dan akan dicampakkan ke dalam neraka.  Mereka yang menyedari dan menginsafi hakikat perjalanan ini sudah pasti berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi bekalan yang berupa pahala Allah dan sentiasa memeriksa perjalanan dirinya sama ada dia berada di dalam keadaan yang benar menetapi kehendak Allah atau dia telah menjadi lemah dalam melakukan tugasan yang telah Allah tetapkan atas dirinya atau telah menyimpang jauh dari petunjuk Allah.  Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa melakukan soal siasat ke atas dirinya.
PERLU MUHASABAH DIRI DALAM MENJALANI KEHIDUPAN
Kita sangat perlu melakukan 'muhasabah'  ke atas diri dalam segala aspek hidup kita.  Ini adalah untuk memastikan bahawa kita berada di atas jalan kehidupan yang betul.
Di dalam al Qur'an Allah telah berfirman di dalam Surah al Hasyr, ayat 18:
"Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk Hari Esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), Maka, Maka Tinggi Allah, Raja Yang sebeanrnya; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) Arsy yang mulia” (Surah al mu’minun:115-116)
BEBERAPA STESEN MUHASABAH
Oleh kerana kehidupan ini ibarat satu perjalanan, iaitu perjalanan menuju Allah SWT, maka kita perlu berhenti sekejap di sepanjang perjalanan, atau di stesen-stesen tertentu untuk meninjau dan menilai semula perjalanan yang dilalui.  Beberapa stesen muhasabah yang utama dalam kehidupan kita ialah:
1. MUHASABAH DALAM BERIMAN
Keimananlah bekalan yang paling penting yang akan dibawa balik kepada Allah SWT.  Iman ini menurut kata Said Nursi umpama pasport yang mesti dijaga di sepanjang perjalanan kita menuju Allah SWT.  Sebagaimana juga pasport perjalanan kita, iman ini mestilah dijaga dengan baik.  Oleh itu iman kita mesti:
BETUL dan SAH; iaitu:
TIDAK ROSAK atau TIDAK CACAT
TIDAK TERBATAL
Untuk itu remaja sekalian perlu: :
Faham pengertian dua kalimah syahadah yang kita lafazkan;
Faham makna Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Uluhiyyah
Yakin bahawa al Qur‘an adalah Petunjuk  lengkap dan sempurna untuk mencapai kebahagian hidup dunia dan akhirat
Yakin bahawa  hanya dengan mengikuti jalan hidup Rasulullah SAW sahaja kita akan mendapat keredhaan Allah SWT

Oleh itu anak-anak remaja perlu bermuhasabah, atau memeriksa diri atau bertanya-tanya kepada diri kita adakah kita benar-benar faham mengenai iman, rukun-rukunnya dan tuntutan-tuntutannya.  Kita juga mesti memahami perkara-perkara yang merosakkan dan membatalkan iman kita.  Stesen muhasabah iman ini adalah stesten yang pertama dan yang paling penting dan persinggahan di stesen ini perlu diteliti dengan bersungguh-sungguh.
2. MUHASABAH DALAM KETAATAN BERIBADAH & MENINGGALKAN MAKSIAT
Iman adalah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amal soleh dan membuahkan akhlak terpuji.  Hati manusia ini diibaratkan oleh para ulama sebagai bekas air, misalnya : mangkuk dan gelas tempat diisikan air.  Apabila air telah memenuhi bekas ini maka ianya pasti akan melimpah keluar.  Begitu juga dengan iman, apabila iman mengisi hati kita, terutama sekali bila hati itu telahpun dibersihkan dari kotoran-kotoran jahiliyyah (atau memang tersedia bersih umpama hati kanak-kanak yang baru lahir) maka pasti akan mendesak tuan pemilik hati untuk melakukan untuk melakukan ketaatan.  Ketaatan ini adalah dalam bentuk melakukan IBADAH yang DIPERINTAH atau MENINGGALKAN MAKSIAT YANG DILARANG.  Kalau kita tidak melakukan ibadah atau kita sentiasa melakukan maksiat ini menunjukkan hati kita sedang berpenyakit kerana iman kita kurang berfungsi atau tidak berfungsi lagi.  Untuk kita melakukan ketaatan dalam ibadah atau dalam meninggalkan maksiat maka kita mempunyai ilmu mengenai perkara-perkara yang diperintah oleh Allah SWT dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.  Kalau kita tidak mempunyai ilmu maka mungkin kita akan meninggalkan yang diperintahkan dan melakukan apa yang dilarang.  Akibatnya mungkin kita akan dimurkai Allah dan diazab oleh-Nya.
Setelah kita meneliti diri kita di stesen muhasabah iman, kita perlu singgah di stesen muhasabah ketaatan kita.  Kita perlu memeriksa sama ada kita sentiasa menunaikan ibadah kita yang difardhukan ke atas diri kita dan melakukan pula dengan mengharapkan hanya keredhaan Allah SWT semata-mata.  Kita perlu juga memeriksa diri kita di stesen muhasabah ini mengenai larangan-larangan Allah SWT yang mungkin kita telah terlajak melakukannya.  Sekiranya telah berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT maka kita perlu melakukan taubat , sama ada beristighfar (bagi dosa-dosa kecil) dan benar-benar bertaubat bagi dosa-dosa yang besar.  Tetapi, anak-anak ingatlah kata-kata hikmah seorang alim ini:
“Manakah ada lagi dosa kecil sekiranya ianya dilakukan secara berterusan”

3. MUHASABAH DALAM BERBAKTI KEPADA ISLAM DAN UMMAT ISLAM
Muslim yang taat dan ikhlas dalam beriman dan beribadah kepada Allah SWT akan sentiasa berusaha untuk mencari kepakaran dan kemahiran yang akan disumbangkan untuk berbakti kepada Islam dan membantu ummat Islam.  Muslim yang faham tanggungjawabnya kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada Islam akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Islam supaya Islam berada di kedudukan yang paling tinggi, lebih tinggi dari agama-agama lain dan sistem-sistem rekaan manusia yang lain.
Ini adalah stesen persinggahan muhasabah yang akhir untuk kita meneliti diri kita.  Sekiranya masih belajar, kita perlu meneliti diri kita adakah kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kelulusan akademik yang tertinggi dengan keputusan yang paling cemerlang ataupun kita sedang mempelajari satu bidang kemahiran dan kepakaran yang boleh menguatkan perjuangan Islam dan membantu ummat Islam.  Di stesen inilah kita menilai iltizam atau komitmen kita terhadap perjuangan Islam.  Mereka yang mengaku diri mereka muslim tetapi tidak mahu memperjuangkan Islam maka mereka tidak termasuk kumpulan muslim yang benar-benar mengikuti Rasulullah SAW, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Surah Yusuf, ayat 108:
“katakanlah, inilah jalan (agama) Ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujjah yang nyata”

Thursday, 1 August 2013

Marhaban Ya Ramadhan

Bismillahirrohmannirrohim,

Alhamdulillah , sebulan ramadhan telah kita lalui dan kini kita berada di fasa terakhir di bulan yang mulia ini yang dimana di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, yang sudah semestinya kita ketahui iaitu malam Lailatulqadar . Sudah hampir ke penghujung saat untuk kita merebut segala kebaikkahn yang diganjarkan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Oleh kerana itu , Badan Agama Dakwah dan Rohani (BADAR) SMKA Tok Bachok juga tidak ketinggalan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang dipanggil IHYA' RAMADHAN.

Antara program-program yang dijalankan bersempena Ramadhan.

1) Tazkirah dari  para Naqib
2)Tazkirah dari para guru ( Ahad )
 3)Tadarus Al-Quran
 4)Bacaan Hadis
 5)Tazkirah dalam Kumpulan SUMUR ( Rabu )
 6)Bacaan Al-Quran
 7)Solat Sunat Tarawih secara berjemaah
 8)Risalah Ramadan
 9)Pertandingan Dorm Aktif dan Dorm Tidak Aktif
10)Lawatan ke Rumah Orang Miskin
11)Iftar berjemaah
12)Dan sebagainya

Diharapkan dengan program-program yang telah dianjurkan ini dapat menyuntik semangat dalam diri kita untuk terus beribadat dan merebut ganjaran 10 malam terakhir ini yang masih berbaki.
Setakat ini sahaja dari kami

BADAR SMK(A) Tok Bachok


 


Thursday, 21 March 2013

KEM BESTARI SOLAT




         Assalamualaikum  dan salam sejahtera . Bertemu kembali kita kali ini. Pada 8 Mac 2013 (Jumaat) bersamaan 25 Rabiul Akhir 1434H BADAR SMKA Tok Bachok telah berjaya melaksanakan Program Kem Bestari Solat khusus kepada pelajar tingkatan 1 &2 .Ia merupakan sebuah program dakwah yang dikendalikan oleh  para naqib dan naqibah tingkatan empat.Program ini diadakan bagi mempertingkatkan kualiti solat dalam kalangan pelajar sekaligus memperbaiki dan memperelokkan solat mereka.Selain itu,program ini merupakan satu medium untuk para pelajar melatih diri dan memperkukuhkan jati diri sebagai suatu persediaan dalaman dalam menghadapi hujanan ujian daripada Allah SWT.



Di sini ada sedikit gambar yang sempat di tangkap.

 
naqib berposing ,,







 
haha.. lawaknye..


 
                                                          check point 4 .. Yes I get it





 
Yeah .. posing..


 
Ambil wudu' ..











                                                     haha , cepat hafal ...



                                                              Keep smile always my sis..







 
cara ruku' ..







                                                   Ucapan Penutup dari Ustazah Khatijah












SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN.Semoga usaha murni AJK BADAR akan diredhai Allah SWT.Amin..


Di situ sahaja dari Badar SMK Agama Tok Bachok ...